Tuesday 15 November 2011

Shepherd Pie


Shepherd Pie
Bahan-bahannya:

1 biji bwg besar,dipotong kecil
50g cendawan butang,dihiris nipis
2 batang lobak merah,dipotong kecil
450g daging cincang
2 sudu besar tepung gandum
300ml stok daging - saya gunakan 1 1/2 kiub pati daging yang dibancuh dengan 300ml air
1 sudu besar pes tomato
700g kentang,dipotong 4
garam dan serbuk lada hitam
25g butter
60ml susu segar
50g keju cheddar,diparut

Cara-caranya:

Tumis daging dengan sedikit sahaja minyak dengan bwg,cendawan dan lobak merah. Kacau rata lebih kurang 8-10minit.
Masukkan tepung dan kacau lagi selama 1minit.
Dengan perlahan-lahan,masukkan stok daging dan pes tomato. Kacau perlahan hingga kuah memekat.
Tutup periuk dan biarkan mereneh selama 25minit.
Sementara itu,rebus kentang hingga lembut. Toskan air dan lenyekkan kentang bersama butter dan susu segar.
Masukkan daging ke dlm bekas bekas pembakar pie dan masukkan garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian,letakkan kentang lenyek tadi di atas daging dan ratakan agar kesemua bahagian daging telah diselaputi dengan kentang.
Taburkan keju ke atas kentang dan bakar pie di dlm oven 200C selama 15-20minit.
Enak dihidangkan panas bersama salad.

No comments:

Post a Comment